Saturday 31 March 2012

Refleksi Program Dwimingguan Bahasa Melayu

Saya rasa program ini sangat berguna kerana 4 program yang saya datangi menunjukka betapa pentingnya budaya Melayu. Dari segi bahasa, musik tradisional, wayang Melayu dan segi ugama, saya dapat mengetahui banyak hal dan dapat berbicara banyak bahasa melayu. Program pertama yang saya datangi ialah Kem Budaya Melayu. Pada kem tersebut, saya belajar tentang cara bermain permainan tradisional, alat musik tradisional dan menari tarian tradisional Melayu. Program kedua ialah program yang diselenggarakan oleh Umbara, grup yang menyanyikan sajak. Saya paling suka program ini kerana sajak - sajak yang dinyanyikan itu sungguh merdu dan unik. Program ketiga yang saya datangi ialah kunjungan ke Pusat Harmoni di Masjid Ah-Nahdah. Program ini sungguh menarik kerana kami diberi penjelasan tentang pelbagai macam hal tentang ugama Islam. Saya pun tahu sebab beberapa pantangan yang diterapkan oleh orang Muslim. Program keempat ialah menonton wayang. Wayang tersebut bernama "Seniman Bujang Lapuk". Menurut saya, wayang ini sangat menghibur tapi sayangnya kami tidak dapat menonton hingga selesai kerana tidak ada masa yang cukup. Jadi saya berharap , saya dapat menyaksikan lagi wayang tersebut hingga habis pada masa kemudian. Program terakhir ialah kedatangan seorang bintang tamu yang memberikan kita nasihat-nasihat berdasarkan kisah hidup dia. Dia menyuruh kita untuk jangan pernah menyerah dan selalu kerja mimpi kita. Secara tidak langsung, kita pasti akan menggapai nya. Secara kesuluruhan, saya berharap bahawa akan lebih banyak program-program seperti ini diadakan seperti dikir barat dan cara-cara bersajak seperti kumpulan Umbara.

Friday 24 February 2012

Entri 1 (Gambar)

Entri 1

Kompang
Sejarah : Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu,kerbau malah getah sintetik
Bagaimana ia dimainkan :
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Gong
Sejarah : Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia.  Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Bagaimana ia dimainkan : Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik.

Rebana
Sejarah : Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagaimana ia dimainkan : Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.