Saturday, 31 March 2012
Refleksi Program Dwimingguan Bahasa Melayu
Saya rasa program ini sangat berguna kerana 4 program yang saya datangi menunjukka betapa pentingnya budaya Melayu. Dari segi bahasa, musik tradisional, wayang Melayu dan segi ugama, saya dapat mengetahui banyak hal dan dapat berbicara banyak bahasa melayu. Program pertama yang saya datangi ialah Kem Budaya Melayu. Pada kem tersebut, saya belajar tentang cara bermain permainan tradisional, alat musik tradisional dan menari tarian tradisional Melayu. Program kedua ialah program yang diselenggarakan oleh Umbara, grup yang menyanyikan sajak. Saya paling suka program ini kerana sajak - sajak yang dinyanyikan itu sungguh merdu dan unik. Program ketiga yang saya datangi ialah kunjungan ke Pusat Harmoni di Masjid Ah-Nahdah. Program ini sungguh menarik kerana kami diberi penjelasan tentang pelbagai macam hal tentang ugama Islam. Saya pun tahu sebab beberapa pantangan yang diterapkan oleh orang Muslim. Program keempat ialah menonton wayang. Wayang tersebut bernama "Seniman Bujang Lapuk". Menurut saya, wayang ini sangat menghibur tapi sayangnya kami tidak dapat menonton hingga selesai kerana tidak ada masa yang cukup. Jadi saya berharap , saya dapat menyaksikan lagi wayang tersebut hingga habis pada masa kemudian. Program terakhir ialah kedatangan seorang bintang tamu yang memberikan kita nasihat-nasihat berdasarkan kisah hidup dia. Dia menyuruh kita untuk jangan pernah menyerah dan selalu kerja mimpi kita. Secara tidak langsung, kita pasti akan menggapai nya. Secara kesuluruhan, saya berharap bahawa akan lebih banyak program-program seperti ini diadakan seperti dikir barat dan cara-cara bersajak seperti kumpulan Umbara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment